Selasa, 24 Juni 2014

ANAK YATIM

Tidak ada komentar:

Rasulullah
s . a.w bersabda ,

maksudnya: “Sebaik- baik rumah
kaum muslimin ialah rumah yang ada
anak yatim yang diasuh dengan baik
dan sejahat -jahat rumah kaum
muslimin adalah rumah yang ada anak
yatim yang selalu diganggu dan
disakiti hatinya . ”[Riwayat Ibnu Majah ]
Huraian
i ) Penghormatan dan bantuan kepada
anak yatim mestilah dijaga terutama
mereka yang terdiri daripada keluarga
yang susah kerana anak yatim begitu
memerlukan perhatian yang
sewajarnya dalam meneruskan
kehidupan sebagaimana yang dirasai
oleh anak-anak yang lain. Mereka
begitu rindukan belaian kasih sayang
dan juga keprihatinan semua pihak
agar mereka turut gembira.
ii ) Rasulullah s . a.w juga merupakan
anak yatim dimana bapanya Abdullah
meninggal ketika umurnya 2 bulan
dalam kandungan . Manakala ibunya
Aminah pula meninggal ketika baginda
baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia
seseorang itu dahagakan kasih sayang
seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib
turut meninggalkan baginda ketika
usia baginda 8 tahun .
iii ) Allah turut menyebut bagaimana
keadaan nabi dan bagaimana pula
Allah membantu baginda sehingga
menjadi pemimpin yang teragung .
Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah
ad- Duha yang bermaksud : “Bukankah
Dia yakni Allah mendapati engkau
wahai Muhammad yatim piatu lalu
Dia memberikan perlindungan. Di
dapatiNya engkau mencari - cari jalan
kebenaran lalu Dia memberikan
petunjuk. Didapati - Nya engkau miskin
lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh
itu , janganlah engkau mengasari anak
yatim .
Jangan engkau menengking orang
yang meminta pertolongan . Maka
hendaklah engkau menyebut - nyebut
nikmat Tuhanmu sebagai tanda
syukur kepadaNya. ”
iv ) Islam melarang umatnya daripada
mengkhianati dan menghina anak
yatim . Tetapi hendaklah memastikan
agar hak mereka dalam memiliki
harta , ilmu dan kasih sayang sentiasa
terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai
anak yang soleh yang mampu
membantu ibu atau bapa mereka yang
telah meninggal dunia kerana
sesungguhnya membiarkan mereka
bererti kita telah mengkhianati agama
dan menghina mereka bererti kita
turut membenci Rasulullah s . a.w yang
juga merupakan anak yatim piatu .
Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan
yang diredhai Allah dan jauhilah
mereka daripada jalan kesesatan .
Allah telah memberi amaran melalui
firman- Nya dalam ayat 1-2 surah al-
Ma' un yang bermaksud : “Tahukah
engkau tentang orang yang
mendustakan agama . Dia ialah orang
yang menindas serta berlaku zalim
terhadap anak yatim !”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

petunjuk arah

 
back to top